Sabtu, 30 Ogos 2008

Sekapur Sireh

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setinggi syukur saya panjatkan kehadrat yang Maha Esa atas ruang dan kesempatan yang diberikan untuk saya menyampaikan serba sedikit buah fikiran didalam bidang yang saya ceburi.

Moga dengan penulisan ini, dapat saya memperbaiki diri saya khasnya serta memberi impak positif buat para pembaca amnya.
Blog saya diberi nama "Dermaga Seorang Penuntut" yang bermaksud pelabuhan ilmu. Melalui saluran blog inilah saya dapat berkongsi dan mencambahkan ilmu yang ada di dada dan sensitif terhadap perkembangan isu semasa.

Matlamat blog ini amat besar, ingin mengembalikan institusi keilmuan islam dengan karya bebas, yang membuka pintu seluas-luasnya buat para pembaca untuk mengkritik dan memberi sebarang cadangan atau penambahan. Karya bebas ini juga lebih berbentuk perbincangan, maka sebarang kesalahan diperbetulkan, kekurangan diperlengkapkan.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Dr Zulkifli kerana memberi peluang kepada saya dan sahabat-sahabat untuk mencuba satu perkara yang baru dalam hidup kami. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditujukan buat suami tercinta kerana banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam menyempurnakan dan menjayakan blog ini.

Akhir kata, saya mengucapkan "Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bi kum" dan teruskan memberi komen membina, Segala yang baik datangnya dari Allah, Dia lah yang Maha Mengetahui maksud sebenar disebalik yang tersirat. Wallahu min wara' al-qasd.